It was a wonderful BBQ dinner. May it become one of QEdge’s sweet memories… (^_^)



Help!! My Gear is Locked..

22 Jun 2008 In: Uncategorized

Last Thursday during lunch time, I drove back to my house as usual to prepare lunch for my young brother and sister. It has been my daily routine since mum went back to Jeddah, leaving me to take care of my younger siblings. That day, yus accompanied me back home. As we arrived at the traffic light junction near Alamanda, the light turned red so we had to stop. As soon as it turned green again, I pushed the gear to move to D but unfortunately it wouldn’t change. I tried again and again but the gear was locked. I became panic since there were few cars queuing behind waiting for my move. Yus spontaneously pressed the hazard button to notify other drivers that my car had a problem before anyone started to honk. In my mind, I was thinking of my young brother..what was he going to eat if I got stuck here for hours. Then suddenly Yus noticed something. “Wan, look! You didn’t step on the foot break, how could you unlock the gear without doing so?” “Oh yes Yus..boy oh boy..how could I’ve not noticed this..hehe” It was a careless mistake which I never had encounter before. Because of that, I became the subject of joke for that day…pity me…huhu :)

“Sesungguhnya Tadbir Allah mengatasi Tafkir manusia…” - Wan-

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan
Tetapi Ia Sebenar Kejadian

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan
Kini Aku Merasakan
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Setiap hari pasti ada insan yang pergi. Setiap hari juga kita semakin hampir menemui Rabbul ‘Izzati…Namun apakah bekalan kita selama kita hidup di pentas dunia ini? Sedarkah kita bahawa dunia hanya tempat persinggahan…dunia hanya ibarat ladang tanaman..yang hasilnya kita kan tuai di ALAM AKHIRAT?? Malangnya saban hari kita semakin alpa…sedangkan waktu terus berlalu..setiap saat yang hilang tidak mungkin kita putarkan kembali…sama-sama kita renungi perjalanan usia hidup kita…selama 20 tahun kita ‘berlakon’ di dunia..apakah kita memainkan ‘watak’ dengan sebaiknya?? Apakah kita patuh pada pengarah yang Maha Agung…TUHAN KITA…

Setiap hari kita bangkit dari lena, adakah kita menghitung diri??
Apakah amalan yang telah kita lakukan selama ini??
Berapa banyakkah DOSA yang kita buat namun masih BANGGA dengan diri sehingga kita pandang remeh terhadap DOSA-DOSA kita??
Apakah kita LUPA bahawa setiap DOSA akan dibalas dengan AZAB API NERAKA???
Apakah kita fikir kita mampu untuk menahan azab api neraka yang MAHA DAHSYAT semata-mata kerana ingin MEMUASKAN NAFSU didunia??
Sedangkan andai tangan tersentuh sedikit api didapur..tak mampu kita menanggung keperitannya..

Setiap hari juga kita mendengar berita kematian..pernahkah kita mengambil iktibar?
Pernahkah kita terfikir bagaimana nasib kita diALAM BARZAKH??
Pernahkah kita terbayang bagaimana SAKITnya MAUT???
Sedangkan kekasih Allah, Muhammad S.A.W tak mampu untuk menanggungnya…apatah lagi kita yang BERGELUMANG dengan DOSA???

Wahai kaum muslimin & muslimat..sedarlah bahawa andai maut menjemput kita sebentar lagi..sesudah kita membaca renungan ini…tiba-tiba AJAL kita TIBA…sempatkah kita untuk BERTAUBAT??
Masihkah ada peluang untuk kita memohon…merayu…merintih pada Allah agar dihidupkan semula untuk beramal???
Andai ini kesempatan terakhir kita untuk bertaubat…sebelum ajal menjemput sebentar lagi…mampukah kita menebus segala DOSA-DOSA yang kita lakukan selama 20 tahun??
Sedangkan Allah menjanjikan andai maut tiba…tidak akan lewat walau sesaat pun..andai sesudah kita membaca..tiba-tiba segala pergerakan kita TERHENTI…saat itu juga ROH kita DICABUT…masih mampukah kita mengatakan…“Nanti dulu…aku ingin bertaubat!!”

Sungguh tertipu andai kita beranggapan demikian…sungguh terpedaya andai kita selalu mengatakan..”tunggulah..nanti aku bertaubat..”

Apakah akan tiba saat itu??
Mengapa kita begitu yakin bahawa esok masih ada…sedangkan MALAIKAT MAUT sentiasa MENGEKORI kita…namun kita terus LEKA..terus membuat DOSA…kita terus mengabaikan renungan ini…dan dengan selamba kita mengatakan pada diri..“Ah!! Ajal aku lambat lagi..”

Awas wahai kaum muslimin & muslimat!!
Tiba-tiba sedang kita menjamu makan tengahari…kita tercekik…& saat itu juga MAUT menjemput kita..Apa yang mampu kita JAWAB depan ALLAH???
Dengan ANGKUH kita terus membuat DOSA…Allah mencabut nyawa kita dalam keadaan kita BELUM bersedia… Andai ada amalan kita yang diterima Allah..hanya itu saja bekalan kita..namun mampukah ia menerangi kubur kita?? Andai tidak…bersedialah untuk menerima AZAB yang MAHA PEDIH…

INGATLAH!!…ketika itu…kita tak mampu untuk merintih..merayu..memohon dihidupkan semula..kerana waktu kita sudah berlalu..dan takkan kembali…sama-sama kita renungkan..

“Allahumma akhtim lana bi husni alkhatimah wala takhtim ‘alaina ya Allah bi husni alkhatimah..” - wan-

Rezeki..dimanakah barakahnya?

29 Apr 2008 In: Uncategorized

Setiap hari kita pergi kerja demi mencari rezeki. Kita keluar dari rumah awal pagi dan pulang lewat malam. Ada sesetengah manusia yang pendapatannya lumayan sekali..rm200,000 sebulan. Walaupun hidupnya mewah dimata manusia, namun dirinya merasakan amat sempit kehidupannya. Apatah lagi hatinya tidak pernah tenang. Berbeza pula dengan seseorang yang gajinya tidak seberapa..hanya rm300 sebulan. Kehidupannya tampak miskin dimata manusia tetapi dia tidak pernah merasakan kesempitan dalam hidupnya. Hatinya berasa amat lapang sekali. Makan minumnya masih cukup. Pernahkah terdetik dihati kita apakah ertinya berkat rezeki yang kita perolehi? Barakah rezeki tidak berkait dengan jumlah wang yang kita perolehi samada banyak ataupun sikit. Tetapi hakikat kerbekatan rezeki adalah nikmat yang Tuhan beri pada hambanya yang mencari rezeki yang halal, menggunakan rezeki itu untuk mendekatkan diri lagi pada Allah dan tidak pernah lupa untuk bersyukur atas nikmat pemberiannya.

Kerana itu, seseorang yang pendapatannya tidak seberapa, namun hidupnya tetap bahagia. Keluarganya aman harmoni, anak-anaknya semuanya soleh, isterinya juga sentiasa menyejukkan hatinya. Inilah hakikat berkat rezeki yang kita perolehi. Kerana kiat menjaga hak2 Allah dalam kita segala hal, Allah membalas dengan nikmat ketenangan jiwa, anak-anak & isteri yang soleh & solehah. Segala urusan hidupnya dimudahkn Allah. Walaupun dimata manusia hidupnya nampak susah, namun hatinya tidak pernah berasa gelisah,malah tenang & sentiasa redha dengan pemberian Tuhan.

Cubalah kita renung-renungkan diri kita. Mengapakah kita selalu berasa resah gelisah walaupun sudah punya segala-galanya? Kereta..rumah…kerja..semuanya kita ada. Namun kita seolah2 mencari sesuatu yang ‘hilang’…sesuatu itulah nikmat ketenangan hati..nikmat yang Allah beri pada hamba-hambaNya yang selalu menjaga hak-hakNya. Inilah berkat rezeki yang kita cari. Sama-samalah kita muhasabah diri..adakah kita pergi kerja tepat pada waktu? Adakah kita benar-benar menggunakan masa bekerja untuk bekerja? Atau kita menggunakan waktu bekerja untuk berlepak-lepak..bermain-main?? Sedarkah kita setiap saat waktu bekerja kita dinilai Allah? Pernahkah kita terfikir setiap tingkah laku kita di ofis mampu menghilangkan keberkatan rezeki yang kita perolehi?

Berkat rezeki bukanlah hanya pada kecukupan wang untuk sara hidup, tetapi berkat rezeki bersangkut paut dengan kehidupan seharian kita…keluarga kita…kebahagiaan rumahtangga kita..andai rezeki kita berkat..insyaAllah rumahtangga bahagia, anak-anak juga menjadi penyejuk mata & hati kita kan selalu tenang…kerana hakikatnya Allah telah ‘menjaga’ kita….
sama-sama kita renung-renungkan….

“Ya Allah ku mohon ampun atas segala salah laku yang menghalang keberkatan rezeki yang Engkau beri padaku..ku mohon limpah rahmatMu & keberkatan darimu akan rezeki yang Engkau beri padaku..” -Wan-

Apabila Allah Mengujimu

17 Apr 2008 In: Uncategorized

Kebiasaannya setiap bulan sebaik saja gaji masuk saya akan keluarkn duit untuk simpanan. Mengapa saya tidak menggunakan ‘online transaction’ - kerana saya tetap ada keraguan pada teknologi. Petang itu kebetulan saya ke Bangi - singgah di ATM Maybank tapi malangnya ‘offline’. Terus pegi mencari ATM lain yang berdekatan, malangnya hanya ATM CIMB saja yang berfungsi, lalu saya beratur. Seperti biasa setelah memasukkan ‘pin number’ dan jumlah wang untuk dikeluarkan, saya menunggu wang keluar. Tiba-tiba “Transaksi tergendala” terpamer di skrin ATM. Saya mencuba sekali lagi. Baki akaun disemak terlebih dahulu. Tanpa diduga, baki wang saya telah ditolak ketika transaksi gagal tetapi wang tidak saya perolehi. Hati saya resah kerana 1k telah lesap tanpa dilihat.

Keikhlasanku DiUji

Keesokan hari saya membuat aduan di Bank berkenaan. Banyak juga prosedur yang perlu dilalui tapi akhirnya selesai juga. Saya diberitahu dalam tempoh sebulan saya akan dapat maklum balas dari pihak bank dan jika bernasib baik wang saya yang ditelan mesin akan dapat kembali.

Sebaik saja saya keluar dari Bank, seorang wanita menuju kearah saya meminta sedekah. Saya membuka dompet. Hanya tinggal wang rm10 sekeping untuk saya belanja pada hari itu. Hati saya berbisik “Berilah wang itu pada yang lebih memerlukan. Yakinlah dengan rezeki Allah.” Tanpa berfikir panjang saya menghulurkan wang itu pada wanita itu. Pemberian saya disambut dengan senyuman yang menyejukkan hati ini. Saya membalas senyumannya. Sebelum saya beredar, sempat wanita itu mendoakan saya : “Ya Allah Kau murahkanlah rezeki anak ini..Amin” Saya juga mengaminkn doa itu sambil berjalan menuju ke kereta.

Hadiah Allah di hari lahir

Sebulan berlalu, gaji telah pn masuk untuk bulan berikutnya. Saya menyemak baki wang melalui online bank. Kebetulan gaji masuk pada hari ulang tahun kelahiran saya. Alangkah terkejutnya apabila saya melihat 1k yang saya hilang itu telah dapat kembali.
“Alhamdulillah ya Allah Kau telah kembalikan rezeki yang Kau ambil sebentar”
Hati saya bersyukur tak terhingga. Lalu dengan segera saya melakukan solat sunat syukur - syukur kerana dipanjangkan usia & syukur dimurahkan rezeki.. :)

Selesai solat saya teringat kembali kisah wanita yang datang meminta sedekah daripada saya ketika saya betul-betul tidak punya wang. Inilah mungkin balasan Allah pada hambanya yang memberi pertolongan pada orang yang lebih memerlukan walaupun di saat kita juga memerlukan. Allahu Akbar!

Sejak peristiwa itu, hati saya selalu berpesan pada diri, setiap kali berjumpa dengan peminta sedekah, jangan tangguh untuk beri sedekah itu, kerana ingatlh sesungguhnya rezeki yang Allah beri pada kita bukan 100% milik kita tetapi hakikatnya rezeki itu adalah milik orang lain juga.. - Allah memberi rezeki pada kita untuk kita beri pada orang lain.. Allahumma baarikli fima razakti…

“Kenalilah Allah diwaktu senang, nescaya Allah akan mengenalimu diwaktu susah” - Wan -

Benarkah kita sudah bersedia??

27 Mar 2008 In: Uncategorized

Zaman ini banyak orang berpendapat perkahwinan memerlukan duit semata-mata.
Jika ditanya pada golongan remaja, mengapakah belum berkahwin? Kerana duit belum mencukupi. Namun mereka lupa pd perkara paling pokok dalam menjamin kebahagiaan masjid yg dibina iaitu TAQWA.

Sudahkah kita periksa bakal pasangan kita…???

Adakah mereka mengerjakan solat 5 waktu setiap hari?

Adakah mereka solat dengan sempurna dengan menjaga segala SYARAT SAH SOLAT?

Adakah mereka tahu ttg perkara-perkara yg menjadikan SOLAT SAH di sisi AGAMA?

Bagaimana pula dengan BACAAN dalam SOLAT?

Adakah pasangan kita pandai MEMBACA AL-QURAN?

Andai jawapannya TIDAK….bagaimana SOLAT yg mereka kerjakan selama ini??

sedangkn syarat sah solat adalah MEMBACA FATIHAH dengan BERTAJWID….
SEDARKAH kita akan hal ini???

Kerana itu banyak orang yg mengerjakan solat, namun masih tidak mampu untuk mencegah dirinya dari MUGKAR…
INSAFLAH wahai anak-anak muda…usiamu makin meningkat dewasa…kamu bakal membina masjid Allah!!!

Apakah hanya dengan pandai memasak, menguruskn rumah akan menjamin keutuhan masjid yg dibina???

Wahai kaum adam…periksa juga diri anda…Apakah kita sudah memenuhi SEMUA SYARAT_SYARAT diatas??

Andai masih terdapat keraguan dlm hati, periksalh diri…tuntutlah ILMU AGAMA sedalam-dalamnya kerana kelak itu jua yg berguna dlm melayari bahtera rumahtangga…

Apakah anda mampu mengIMAMkan solat dalam keluarga anda??
Apakah anda yakin bacaan TAJWID anda tiada yang CACAT CELA??
Janganlah sampai soal-soal hukum yg asas antara suami isteri…kita tidak mampu menjawabnya..malah lebih dahsyat andai kita tidak ingin mengambil tahu langsung!!

AWAS wahai kaum ADAM!!
Anda bertanggungjawab keatas ANAK_ANAK & ISTERI..
Andai segala yang HARAM dikatakan HALAL..hancurlah masjid yg dibina..kelak dirimu tidak mampu untuk berhadapan di mahkamah yg AGUNG.

~Bersama menuju syurga Allah~ -wan-

Satyam’s Annual Dinner

27 Feb 2008 In: Uncategorized

3 weekes back was Satyam’s Annual Dinner 2008. The event was held at Renaissance Hotel, Kuala Lumpur. This year, committee members had came up with a fantastic theme which was “Glamorous Star”. That night witnessed all type of outwear which filled the hall with many types of glamour stars :)





Satyam’s Annual Dinner

27 Feb 2008 In: Uncategorized

3 weekes back was Satyam’s Annual Dinner 2008. The event was held at Renaissance Hotel, Kuala Lumpur. This year, committee members had came up with a fantastic theme which was “Glamorous Star”. That night witnessed all type of outwear which filled the hall with many types of glamour stars :)





Satyam’s Annual Dinner

27 Feb 2008 In: Uncategorized

3 weekes back was Satyam’s Annual Dinner 2008. The event was held at Renaissance Hotel, Kuala Lumpur. This year, committee members had came up with a fantastic theme which was “Glamorous Star”. That night witnessed all type of outwear which filled the hall with many types of glamour stars :)





Satyam’s Annual Dinner

27 Feb 2008 In: Uncategorized

3 weekes back was Satyam’s Annual Dinner 2008. The event was held at Renaissance Hotel, Kuala Lumpur. This year, committee members had came up with a fantastic theme which was “Glamorous Star”. That night witnessed all type of outwear which filled the hall with many types of glamour stars :)

About this blog

"A simple gesture can make a world of difference in someone's life... People say that a smile is contagious, but acts of kindness are even more... No matter how big or how small, an act of kindness tells the recipient that someone cares. And the results can be everlasting...."

"Ya Allah... tiada yang lain ku mohon.. tiada yang lain ku damba.. Ku mohon keredhaaan daripadaMu.. Ku mohon kasih sayangMu.. Ku damba CintaMu dalam hatiku.."
~ Wan ~

RSS Photos @ Humaimee