Rata-rata orang menganggap cinta itu perlu wujud antara lelaki dan perempuan sebelum mendirikan rumahtangga agar dapat hidup bahagia bila dah berkahwin. Namun Islam menafikan perkara ini. Dalam Islam, hanya perkahwinan yang mampu menghadirkan cinta kerana cinta itu anugerah Illahi pada hambaNya yang menjaga hak2Nya..yang selain dari itu hanyalah tipu daya nafsu godaan syaitan.
Pernah seoarang sahabat bertanya pada saya, “Macam mana nak jalinkan hubungan dengan seseorang kalau cinta tak wujud dalam hati?”
Saya menjawab,”Mudah..melalui cinta Illahi”
“Tapi bagaimana?” sahabat bertanya balik inginkan penjelasan.
“Apabila kita suka seseorang itu demi cinta Illahi, maka cinta Illahi yang akan kita buru..bukan si dia. Apabila rasa rindu pada si dia, kita berdoa pada Allah minta Allah gantikn rindu itu kepada rindu Illahi. Hati kita tak akan resah walau tak berjumpa, tak keluar bersama, malah tak bermesej pun kerana kita telah memburu cinta Illahi yang kita harapkan akan menyatukan dua jiwa ini. Makin hari makin kita cuba untuk dekatkan diri pada Allah, perbaiki akhlak diri kerana kita ingin menjadi pasangan yang terbaik buatnya kelak. Dalam kesibukan kita mendamba cinta Illahi, perasaan kita terhadapnya akan disimpan jauh dalam sudut hati kerana Cinta Allah membaluti perasaan itu.”
“Boleh ke bertahan hubungan tu kalau tak berjumpa?”
“Boleh,insyaAllah. Kerana apabila kita bermujahadah menahan nafsu daripada keluar berdating, selalu kesana sini bersama, Allah akan menjaga kedua-dua hati ini agar perasaan sayang itu kekal sehingga ke gerbang perkahwinan yang akan membuahkan cinta. Inilah yang dikatakan apabila Allah yang menjaga sesuatu hubungan itu, maka segalanya kita sandarkan pada Allah. Walau tidak berjumpa, hati kita tenang & tidak risau akan perasaan si dia terhadap kita kerana kita yakin dengan janji Allah yang menjanjikan rahmat ke atas hambaNya yang menjaga hak2Nya. Kerana cinta kita pada Allah, demi menggapai redhaNya, kita menahan diri daripada keluar bersama-sama dengan si dia dan kerana itu, Allah balas dengan sebaik-baik balasan iaitu kemanisan cinta selepas berkahwin. Inilah cinta yang sebenarnya, tulus lagi suci & diredhai Illahi.”
“Janganlah terpesona dengan cinta nafsu kerana kelak kita akan kehilangan nikmat cinta yang hadir dalam perkahwinan. Ingatlah redha Allah yang kita dambakan untuk mengiringi sebuah perkahwinan bukan kemurkaanNya” -wan-
Selepas Zohor 1 syawal, aku bersama suami mengikut Ummi & Ayah beraya ke rumah saudara-mara belah Ayah di Ketereh. Ketika dirumah Makcik Yah, Ummi bertanya pada kami “Malam esok tak tidur rumah Tok Ayah ke?” “hmm..tak pasti lagi Ummi sebab tak tahu program Wae esok macam mana. InsyaAllah kalau sempat, kami datang tidur” Rasa bersalah menyelubungi jiwaku. Ku perhatikan riak wajah Ummi. Deeply inside, I could feel that Ummi wants us to spent one night with Tok Ayah(datuk belah Ayah). Hatiku berbelah bagi. Seboleh mungkin ku ingin luangkan masa bersama Wae (ayahku) kerana lusa Wae sudah berangkat pulang ke Kedah. Tambah pula sudah 5 tahun, ku tak berpeluang untuk beraya bersama Ma & Wae. Sedangkan aku akan menghabiskan cuti yang masih berbaki bersama Ummi & Ayah sehingga ke hari Ahad.
Petang itu, kami pulang ke Bachok untuk bermalam bersama Ma Wae. Sepanjang perjalanan hatiku resah gelisah sehingga suamiku perasan akan perubahan wajahku. “Wan ok ke?” Ku jawab, “A’ah ok. Kenapa Abang?” “Abang tengok wan cam runsing je. Ada apa-apa ke yang bermain dalam fikiran wan?”Wan tak gembira ke?” “Tak abang, wan selesa. Wan gembira sangat. Wan cuma risaukan Ummi. Wan takut kalau Ummi terasa hati dengan jawapan wan tadi. Baru pagi tadi wan minta maaf, tiba-tiba petang Ummi terasa hati. Itu yang wan risaukan Abang.”
“Kenapa wan cakap macam tu?”
“Entahlah abang. Hati seorang ibu ni sangat sensitif sebenarnya. Kadang-kadang kita cuba sedaya mungkin untuk jaga hatinya tapi dalam masa yang sama, hatinya masih terguris lagi.” Dadaku mula sebak. Ku benar-benar dalam dilemma antara keinginan hati & perasaan Ummi.
“Abang,kalau ikutkan hati wan, nak je wan spend malam esok dengan Wae sebab dah lama wan tak dapat peluang tu. Lagipun jarang sekali wan dapat jumpa Wae. Wan rindu sangat kat Wae sebenarnya Abang. Pagi lusa Wae dah nak balik. Tapi kalau wan ikutkan hati wan, nanti ada hati lain yang terguris. Wan buntulah abang. Kadang-kadang wan tak mampu nak jaga hati semua orang.” Kelopak mataku mula basah dengan airmata.
“Abang rasa kita dah adil. Betullah kata wan, sepatutnya kita bermalam dengan Wae esok tapi yelah nanti Tok Ayah pulak terasa hati sebab tak bermalam dirumahnya. Tapi macam mana pulak kalau Wae terasa?”
“Takpe Abang. InsyaAllah Ma Wae tak terasa sebab wan dah jadi milik abang.Takpe nanti wan explain pada Ma Wae.InsyaAllah diorang kn faham. Lagipun esok seharian kita akan spend masa dengan Ma Wae. Cuma belah malam kita akan tidur di rumah Tok Ayah.”
Hatiku berbisik,”Wan, utamakanlah perasaan Ummi kerana itulah keredhaan yang dicari. Anak lelaki perlu utamakan ibunya dalam segala hal. Korbankanlah perasaanmu demi Ummi”
Hatiku berdoa “Ya Allah, kadangkala ku kalah dalam mencari redhaMU. Ya Allah andai keredhaan Ummi itu lebih penting, ku sanggup korbankan hasratku untuk bersama Wae kerana diriku milik suamiku dan Ummi berhak atas suamiku. Ya Allah cuma satu ku pohon, bagilah ku peluang untuk bersama Wae lagi nanti. Ya Allah, bantulah aku dalam menjaga hati Ummi..”
Malam itu, ku tekad akan tidur dirumah Tok Ayah keesokan malam demi mencari redha Ummi.
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Al-Israa’ 17: 24]
Pagi 1 syawal, sebelum subuh menjelma, ku mengambil telefon bimbit lalu menaip mesej pada Ummi & Ayah “Ummi yati minta maaf atas segala salah silap andai Ummi & Ayah ada terasa hati dengan yati selama Yati menjadi menantu Ummi & Ayah. Maafkan yati Ummi kalau yati ada guris perasaan Ummi. Halalkan segala makan minum yati Ummi, Ayah. Semoga Allah memberkati hidup Ummi & Ayah sehingga ke syurga”
Setengah jam kemudian, sebuah mesej masuk ke telefon bimbitku. “Ummi & Ayah juga mohon maaf kalau ada tersalah bahasa dengan Yati. Semoga kehidupan Faheem & Yati akan lebih diberkati Allah” Hatiku tenang dan damai sekali apabila selesai memohon maaf daripada kedua mertuaku. Cuma, ku menanti untuk bersalaman dengan mereka agar dapat merasai sakinah Allah di Aidilfitri.
Setelah selesai solat subuh, ku memohon ampun maaf dengan suamiku. Hatiku sebak. Ku bimbang andai ada kesalahan yang ku lakukan tanpa disedari telah menyinggung perasaan suamiku. Sungguh apabila suami tidak redha, maka Allah juga tidak akan redha pada hambaNya yang bernama isteri. Terasa begitu tenang sekali apabila jemariku digenggam suami ketika bersalaman. Dahiku dikucupnya. Hatiku lantas berdoa, “Ya Allah kekalkan kasih sayang antara diriku & suamiku, berkatilah hidup kami & redhalah kami sebagai hambaMu”
Selesai bermaafan dengan suami, ku mengambil telefon bimbit untuk suamiku menghubungi Ummi & Ayah (ibu bapa mertuaku). “Ummi, Faheem minta maaf atas segala salah silap..” “Sama-samalah.Ummi pun minta maaf jugak atas segala salah silap pada Faheem” “Ayah ada Ummi?” Ummi menjawab, “Ayah tengah makan kat dapur” “Faheem nak minta maaf kat Ayah jugak atas segala salah silap. Sampaikan salam pada Ayah ye Ummi” Sebelum mengakhiri perbualan, Ummi bertanya, “Apa program hari ni? Sebab Ummi nak ajak ikut ziarah Pak Mat pagi ni” Suamiku menjawab, “Pagi ni nak ziarah saudara-mara wan kat Bachok. InsyaAllah nanti kami datang ke rumah Tok Ayah”.
Kelopak mata suamiku bergenang dengan air mata mengakhiri perbualan itu. Ku peluk suamiku erat. “Abang, alhamdulillah Abang dah minta maaf dengan Ummi Ayah pagi-pagi lagi. Selesai solat nanti kita pergi jumpa Ummi & Ayah ye” Suamiku lantas menjawab, “Abang rasa syahdu sangat wan. Tak pernah perasaan ni datang. Terima kasih wan atas segalanya”
Mataku yang sudah lama menahan air mata lantas membasahi pipiku. Ku tahu suamiku sebak dengan kemaafan yang datang dari insan yang begitu mulia dalam hidupnya iaitu Ummi. Begitu mulianya hati seorang ibu sanggup memaafkan anaknya dan memohon maaf pula atas kesilapannya terhadap anaknya.
“Semoga kemaafan yang didamba dari Ummi & Ayah, menjadi penyuluh kebahagiaan rumahtangga yang sedang kami bina..ameen” - Wan-
Malam itu ku menonton sebuah drama bertajuk “Ihsan”. Watak yang dimainkan oleh
Zamri, seorang Majistret benar-benar menyentuh kalbuku. Dalam kesibukannya dengan urusan pejabat & keluarganya, tanpa disedari telah memberi luka pada hati seorang insan yang mulia iaitu Ibunya.
Hatiku tertanya pada diri, semenjak diriku menjadi isteri pada suamiku, adakah ku telah merampas kemesraan yang didamba oleh Ummi(ibu mertuaku). Adakah kehadiranku menyebabkan suamiku kurang meluangkan masa bersama Ummi. Adakah kesibukanku turut mengheret kesibukan suamiku sehingga Ummi terabai?
Terasa diriku amat bersalah pada Ummi andai Ummi terluka dengan suamiku kerana kesibukannya yang diheret oleh diriku.
Malam itu ku bertanya pada suamiku. “Abang, ada tak bila-bila selama wan jadi isteri abang, wan mengambil waktu abang yang sepatutnya bersama Ummi? Adakah bila-bila wan mementingkan diri tanpa menghiraukan perasaan Ummi? Abang, andai wan ada buat apa-apa salah yang abang rasa Ummi tersinggung, beritahulah pada wan. Wan hanya manusia biasa abang, wan juga kadang-kadang alpa & kalah pada emosi.” Pipiku basah dek airmata yang bercucuran.
Semenjak ku menjadi isteri, sedaya yang termampu ku cuba jaga perasaan Ummi kerana ku tahu syurga suamiku terletak dibawah tapak kaki Ummi. Ku pernah berpesan padanya “Abang, your priority is Ummi, wan yang kedua. Apa pun, Abang utamakanlah perasaan Ummi. Abang jangan risaukan perasaan wan sebab Ummi insan yang paling penting dalam hidup Abang. Abang tak perlu jaga perasaan wan sebab wan hanya seorang isteri dimana redha Abang yang wan cari. Wan yang perlu jaga perasaan Abang sebab syurga wan dibawah tapak kaki Abang”
Memang benar mudahnya seorang isteri untuk memasuki syurga adalah dengan mentaati suaminya, namun realiti kehidupan tidak menjanjikan jalan yang begitu mudah untuk ditempuhi sebelum sampai ke gerbang syurga. Muhasabahlah diri selalu,jangan sampai kita menjadi penyebab murkanya seorang ibu pada suami kita.
“Ya Allah bimbinglah daku agar keredhaan suami yang ku damba menjadi milikku yang juga membawa kepada keredhaan ibunya” -Wan-
Selepas Zohor 1 syawal, aku bersama suami mengikut Ummi & Ayah beraya ke rumah saudara-mara belah Ayah di Ketereh. Ketika dirumah Makcik Yah, Ummi bertanya pada kami “Malam esok tak tidur rumah Tok Ayah ke?” “hmm..tak pasti lagi Ummi sebab tak tahu program Wae esok macam mana. InsyaAllah kalau sempat, kami datang tidur” Rasa bersalah menyelubungi jiwaku. Ku perhatikan riak wajah Ummi. Deeply inside, I could feel that Ummi wants us to spent one night with Tok Ayah(datuk belah Ayah).
Hatiku berbelah bagi. Seboleh mungkin ku ingin luangkan masa bersama Wae (ayahku) kerana lusa Wae sudah berangkat pulang ke Kedah. Tambah pula sudah 5 tahun, ku tak berpeluang untuk beraya bersama Ma & Wae.Sedangkan aku akan menghabiskan cuti yang masih berbaki bersama Ummi & Ayah.
Petang itu, kami pulang ke Bachok untuk bermalam bersama Ma Wae. Sepanjang perjalanan hatiku resah gelisah sehingga suamiku perasan akan perubahan wajahku. “Wan ok ke?” Ku jawab, “A’ah ok. Kenapa Abang?” “Abang tengok wan cam runsing je. Ada apa-apa ke yang bermain dalam fikiran wan?”Wan tak gembira ke?” “Tak abang, wan selesa. Wan gembira sangat. Wan cuma risaukan Ummi. Wan takut kalau Ummi terasa hati dengan jawapan wan tadi. Baru pagi tadi wan minta maaf, tiba-tiba petang Ummi terasa hati. Itu yang wan risaukan Abang.”
“Kenapa wan cakap macam tu?”
“Entahlah abang. Hati seorang ibu ni sangat sensitif sebenarnya. Kadang-kadang kita cuba sedaya mungkin untuk jaga hatinya tapi dalam masa yang sama, hatinya masih terguris lagi.” Dadaku mula sebak. Ku benar-benar dalam dilemma antara keinginan hati & perasaan Ummi.
“Abang,kalau ikutkan hati wan, nak je wan spend malam esok dengan Wae sebab dah lama wan tak dapat peluang tu. Lagipun jarang sekali wan dapat jumpa Wae. Wan rindu sangat kat Wae sebenarnya Abang. Tapi kalau wan ikutkan hati wan, nanti ada hati lain yang terguris. Wan buntulah abang. Kadang-kadang wan tak mampu nak jaga hati semua orang.” Kelopak mataku basah dengan airmata.
“Abang rasa kita dah adil. Betullah kata wan, sepatutnya kita bermalam dengan Wae esok tapi yelah nanti Tok Ayah pulak terasa hati sebab tak bermalam dirumahnya. Tapi macam mana pulak kalau Wae terasa?”
“Takpe Abang. InsyaAllah Ma Wae tak terasa sebab wan dah jadi milik abang.Takpe nanti wan explain pada Ma Wae.InsyaAllah diorang kn faham. Lagipun esok seharian kita akan spend masa dengan Ma Wae. Cuma belah malam kita akan tidur di rumah Tok Ayah.”
Hatiku berbisik,”Wan, utamakanlah perasaan Ummi kerana itulah keredhaan yang dicari. Anak lelaki perlu utamkan ibunya dalam segala hal. Korbankanlah perasaanmu demi Ummi”
Hatiku berdoa “Ya Allah, kadangkala ku kalah dalam mencari redhaMU. Ya Allah andai keredhaan Ummi itu lebih penting, ku sanggup korbankan hasratku untuk bersama Wae kerana diriku milik suamiku dan Ummi berhak atas suamiku. Ya Allah cuma satu ku pohon, bagilah ku peluang untuk bersama Wae lagi nanti. Ya Allah, bantulah aku dalam menjaga hati Ummi..”
Malam itu, ku tekad untuk tidur dirumah Tok Ayah keesokan malamnya demi mencari redha Ummi.
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Al-Israa’ 17: 24]
Pagi 1 syawal, sebelum subuh menjelma, ku mengambil telefon bimbit lalu menaip mesej pada Ummi & Ayah “Ummi yati minta maaf atas segala salah silap andai Ummi & Ayah ada terasa hati dengan yati selama Yati menjadi menantu Ummi & Ayah. Maafkan yati Ummi kalau yati ada guris perasaan Ummi. Halalkan segala makan minum yati Ummi, Ayah. Semoga Allah memberkati hidup Ummi & Ayah sehingga ke syurga”
Setengah jam kemudian, sebuah mesej masuk ke telefon bimbitku. “Ummi & Ayah juga mohon maaf kalau ada tersalah bahasa dengan Yati. Semoga kehidupan Faheem & Yati akan lebih diberkati Allah”
Hatiku tenang dan damai sekali apabila selesai memohon maaf daripada kedua mertuaku. Cuma, ku menanti untuk bersalaman dengan mereka agar dapat merasai sakinah Allah di Aidilfitri.
Setelah selesai solat subuh, ku memohon ampun maaf dengan suamiku. Hatiku sebak. Ku bimbang andai ada kesalahan yang ku lakukan tanpa disedari telah menyinggung perasaan suamiku. Sungguh apabila suami tidak redha, maka Allah juga tidak akan redha pada hambaNya yang bernama isteri.
Terasa begitu tenang sekali apabila jemariku digenggam suami ketika bersalaman. Dahiku dikucupnya. Hatiku lantas berdoa, “Ya Allah kekalkan kasih sayang antara diriku & suamiku, berkatilah hidup kami & redhalah kami sebagai hambaMu”
Selesai bermaafan dengan suami, ku mengambil telefon bimbit untuk suamiku menghubungi Ummi & Ayah (ibu bapa mertuaku). “Ummi, Faheem minta maaf atas segala salah silap..” “Sama-samalah.Ummi pun minta maaf jugak atas segala salah silap pada Faheem” “Ayah ada Ummi?” Ummi menjawab, “Ayah tengah makan kat dapur” “Faheem nak minta maaf kat Ayah jugak atas segala salah silap. Sampaikan salam pada Ayah ye Ummi” Sebelum mengakhiri perbualan, Ummi bertanya, “Apa program hari ni? Sebab Ummi nak ajak ikut ziarah Pak Mat pagi ni” Suamiku menjawab, “Pagi ni nak ziarah saudara-mara wan kat Bachok. InsyaAllah nanti kami datang ke rumah Tok Ayah”.
Kelopak mata suamiku bergenang dengan air mata mengakhiri perbualan itu. Ku peluk suamiku erat. “Abang, alhamdulillah Abang dah minta maaf dengan Ummi Ayah pagi-pagi lagi. Selesai solat nanti kita pergi jumpa Ummi & Ayah ye” Suamiku lantas menjawab, “Abang rasa syahdu sangat wan. Tak pernah perasaan ni datang. Terima kasih wan atas segalanya”
Mataku yang sudah lama menahan air mata lantas membasahi pipiku. Ku tahu suamiku sebak dengan kemaafan yang datang dari insan yang begitu mulia dalam hidupnya iaitu Ummi. Begitu mulianya hati seorang ibu sanggup memaafkan anaknya dan memohon maaf pula atas kesilapannya terhadap anaknya.
“Semoga kemaafan yang didamba dari Ummi & Ayah, menjadi penyuluh kebahagiaan rumahtangga yang sedang kami bina..ameen” - Wan-
Malam itu ku menonton sebuah drama bertajuk “Ihsan”. Watak yang dimainkan oleh Zamri, seorang Majistret benar-benar menyentuh kalbuku. Dalam kesibukannya dengan urusan pejabat & keluarganya, tanpa disedari telah memberi luka pada hati seorang insan yang mulia iaitu Ibunya.
Hatiku tertanya pada diri, semenjak diriku menjadi isteri pada suamiku, adakah ku telah merampas kemesraan yang didamba oleh Ummi(ibu mertuaku). Adakah kehadiranku menyebabkan suamiku kurang meluangkan masa bersama Ummi. Adakah kesibukanku turut mengheret kesibukan suamiku sehingga Ummi terabai?
Terasa diriku amat bersalah pada Ummi andai Ummi terluka dengan suamiku kerana kesibukannya yang diheret oleh diriku.
Malam itu ku bertanya pada suamiku. “Abang, ada tak bila-bila selama wan jadi isteri abang, wan mengambil waktu abang yang sepatutnya bersama Ummi? Adakah bila-bila wan mementingkan diri tanpa menghiraukan perasaan Ummi? Abang, andai wan ada buat apa-apa salah yang abang rasa Ummi tersinggung, beritahulah pada wan. Wan hanya manusia biasa abang, wan juga kadang-kadang alpa & kalah pada emosi.” Pipiku basah dek airmata yang bercucuran.
Semenjak ku menjadi isteri, sedaya yang termampu ku cuba jaga perasaan Ummi kerana ku tahu syurga suamiku terletak dibawah tapak kaki Ummi. Ku pernah berpesan padanya “Abang, your priority is Ummi, wan yang kedua. Apa pun, Abang utamakanlah perasaan Ummi. Abang jangan risaukan perasaan wan sebab Ummi insan yang paling penting dalam hidup Abang. Abang tak perlu jaga perasaan wan sebab wan hanya seorang isteri dimana redha Abang yang wan cari. Wan yang perlu jaga perasaan Abang sebab syurga wan dibawah tapak kaki Abang”
“Memang benar mudahnya seorang isteri untuk memasuki syurga adalah dengan mentaati suaminya, namun realiti kehidupan tidak menjanjikan jalan yang begitu mudah untuk ditempuhi sebelum sampai ke gerbang syurga. Muhasabahlah diri selalu,jangan sampai kita menjadi penyebab murkanya seorang ibu pada suami kita.” -wan-
Alhamdulillah this year Eid was much better compared to past years Eid. Having Ma and Wae with all my siblings and my beloved hubby gathering together made Aidilfitiri one of the best moments ever. Thank you oh Allah for your bounty and blessings upon us.
Alahamdulillah segala pujian bagiMu ya Rabb kerana menganugerahkan syawal yang begitu indah buatku setelah lama ku tak dapat menikmati kegembiraan seperti insan yang lain. This year I was so excited to celebrate Aidilfitri because my parents are here and I have my husband with me. Indeed, Aidilfitri for this year was not the same as the years passed.
Sehari sebelum Aidilfitri, kami sekeluarga bersama Ma and Wae pulang ke Kelantan. Sebanyak 4 buah kereta berkonvoi pulang. Kami tiba di Bachok jam 6.30pm. Mok Nah telah pun menyediakan juadah berbuka berupa nasi tomato & ayam percik. Selesai saja makan, kami berangkat ke Halina Inn untuk berehat.
Malam itu, kami ke rumah Mokcik Noh sementara menunggu solat tasbih jam 10pm. Sambil menikmati kuih-muih, Ma memulakan cerita. “Kimah, syikin duduk kat mana sekarang?” Kimah menjawab, “Oh, dia masih di rumah yang berhantu tu” Aku tersedak mendengar perkataan “hantu”. Lalu ku bertanya, “Hah! Hantu? Rumah dia berhantu ke?” “A’ah..dia selalu nampak hantu masuk tembus ikut dinding…..bla…bla…bla..” Kerana soalan Ma yang hanya ingin bertanyakan kabar Syikin, habis semua cerita hantu keluar malam tu. Wae pula menambahkan lagi sensasi cerita dengan menceritakan pengalamannya tinggal selama setahun di rumah orang yang pernah dipancung kepalanya hidup2. Malam itu, semua tidur dalam ketakutan kerana teringatkan cerita ngeri Wae.
As for the following days, We managed to visit almost all of our relatives in Kelantan. Alhamdulillah it was one of the best Aidilfitri ever

Alhamdulillah Aidilfitri menjelma lagi..Aidilfitri tahun ini berbeza sekali jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas. Setelah 5 tahun beraya bersama adik-adik sahaja..tanpa merasai kegembiraan Aidilfitri seperti insan2 yang lain, akan tetapi tahun ini, aidilfitri kali ini penuh bererti kerana dapat menyambutnya bersama suami tersayang & mak ayah sekeluarga. Pagi ini aku bertakbir bersama suami memuji Illahi..disaat itu juga hati berasa sebak dan terharu akan nikmat Allah kerana memberi peluang kepadaku menyambut Aidilfitri bersama seorang insan yang bernama suami. Bukan saja suami, tetapi bersama bonda & ayahanda tercinta setelah 5 tahun tidak berpeluang meraikan hari lebaran bersama mereka.
Ya Allah..ku bersyukur atas limpah rahmatMu padaku. Ku mohon ya Allah agar diberkati ikatan perkahwinan yang kami bina ini agar hidup kami diredhai olehMu. Ya Allah kami mohon moga Engkau menerima ibadah puasa kami & segala amalan kami selama ini. Kami mohon dengan kedatangan Aidilfitri, kami tergolong bersama orang-orang yang berjaya melepaskan diri dari azab api neraka..bersih dari segala dosa noda..ampunkan kami Ya Allah…
"A simple gesture can make a world of difference in someone's life...
People say that a smile is contagious, but acts of kindness are even more...
No matter how big or how small, an act of kindness tells the recipient that
someone cares. And the results can be everlasting...."
"Ya Allah... tiada yang lain ku mohon.. tiada yang lain ku damba.. Ku mohon keredhaaan daripadaMu.. Ku mohon kasih sayangMu.. Ku damba CintaMu dalam hatiku.."
~ Wan ~