Selepas Zohor 1 syawal, aku bersama suami mengikut Ummi & Ayah beraya ke rumah saudara-mara belah Ayah di Ketereh. Ketika dirumah Makcik Yah, Ummi bertanya pada kami “Malam esok tak tidur rumah Tok Ayah ke?” “hmm..tak pasti lagi Ummi sebab tak tahu program Wae esok macam mana. InsyaAllah kalau sempat, kami datang tidur” Rasa bersalah menyelubungi jiwaku. Ku perhatikan riak wajah Ummi. Deeply inside, I could feel that Ummi wants us to spent one night with Tok Ayah(datuk belah Ayah).

Hatiku berbelah bagi. Seboleh mungkin ku ingin luangkan masa bersama Wae (ayahku) kerana lusa Wae sudah berangkat pulang ke Kedah. Tambah pula sudah 5 tahun, ku tak berpeluang untuk beraya bersama Ma & Wae.Sedangkan aku akan menghabiskan cuti yang masih berbaki bersama Ummi & Ayah.

Petang itu, kami pulang ke Bachok untuk bermalam bersama Ma Wae. Sepanjang perjalanan hatiku resah gelisah sehingga suamiku perasan akan perubahan wajahku. “Wan ok ke?” Ku jawab, “A’ah ok. Kenapa Abang?” “Abang tengok wan cam runsing je. Ada apa-apa ke yang bermain dalam fikiran wan?”Wan tak gembira ke?” “Tak abang, wan selesa. Wan gembira sangat. Wan cuma risaukan Ummi. Wan takut kalau Ummi terasa hati dengan jawapan wan tadi. Baru pagi tadi wan minta maaf, tiba-tiba petang Ummi terasa hati. Itu yang wan risaukan Abang.”

“Kenapa wan cakap macam tu?”
“Entahlah abang. Hati seorang ibu ni sangat sensitif sebenarnya. Kadang-kadang kita cuba sedaya mungkin untuk jaga hatinya tapi dalam masa yang sama, hatinya masih terguris lagi.” Dadaku mula sebak. Ku benar-benar dalam dilemma antara keinginan hati & perasaan Ummi.

“Abang,kalau ikutkan hati wan, nak je wan spend malam esok dengan Wae sebab dah lama wan tak dapat peluang tu. Lagipun jarang sekali wan dapat jumpa Wae. Wan rindu sangat kat Wae sebenarnya Abang. Tapi kalau wan ikutkan hati wan, nanti ada hati lain yang terguris. Wan buntulah abang. Kadang-kadang wan tak mampu nak jaga hati semua orang.” Kelopak mataku basah dengan airmata.

“Abang rasa kita dah adil. Betullah kata wan, sepatutnya kita bermalam dengan Wae esok tapi yelah nanti Tok Ayah pulak terasa hati sebab tak bermalam dirumahnya. Tapi macam mana pulak kalau Wae terasa?”

“Takpe Abang. InsyaAllah Ma Wae tak terasa sebab wan dah jadi milik abang.Takpe nanti wan explain pada Ma Wae.InsyaAllah diorang kn faham. Lagipun esok seharian kita akan spend masa dengan Ma Wae. Cuma belah malam kita akan tidur di rumah Tok Ayah.”

Hatiku berbisik,”Wan, utamakanlah perasaan Ummi kerana itulah keredhaan yang dicari. Anak lelaki perlu utamkan ibunya dalam segala hal. Korbankanlah perasaanmu demi Ummi”

Hatiku berdoa “Ya Allah, kadangkala ku kalah dalam mencari redhaMU. Ya Allah andai keredhaan Ummi itu lebih penting, ku sanggup korbankan hasratku untuk bersama Wae kerana diriku milik suamiku dan Ummi berhak atas suamiku. Ya Allah cuma satu ku pohon, bagilah ku peluang untuk bersama Wae lagi nanti. Ya Allah, bantulah aku dalam menjaga hati Ummi..”

Malam itu, ku tekad untuk tidur dirumah Tok Ayah keesokan malamnya demi mencari redha Ummi.

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Al-Israa’ 17: 24]