“Apa yang abang harapkan daripada sebuah perkahwinan?”
“Abang mengharapkan jalan mudah menuju tuhan ..”
“Tapi abang, mana ada jalan yang mudah tanpa dugaan?”
“Benar, namun pilihan yang tepat mengurangkan kesukaran, memperbanyakkan kemudahan.”
“Macam mana tu?”
“Bukankah perkahwinan itu menjaga kemaluan dan menundukan pandangan.”
“Bagaimana jika abang tersalah pilih?”
“Sekurang-kurangnya abang telah berusaha memilih.”
“Bagaimana abang tahu pilihan abang itu tepat?”
“Apabila dia muncul dengan membawa Al-Quran.”
“Bagaimana dia memegang Al-Quran, di tangan kirinya atau kanan?”
“Bukan di tangan, tetapi di dalam hatinya. Dia menterjemahkan Al-Quran ke dalam kehidupan, ke dalam peribadi dan budi, ke dalam minda dan hati.”
“Bagaimana abang tahu ia bukan suatu kepuraan?”
“Wahai, bukankah hukama’ pernah berkata, kita tidak akan mengenal kebenaran daripada orang ramai. Pelajarilah kebenaran, dan kita akan kenal ahlinya.”
5 bulan sebelum berkahwin
“Wan..macam mana persediaan?” tanya seorang kakak senior.
“Tak tahulah akak. Wan rasa macam diri ni tak mampu nak jadi seorang isteri kepadanya nanti. Mampukah wan nak pikul tanggungjawab semua tu? Mampukah wan menjaga keredhaan seorang suami terhadap isterinya agar tidak berubah menjadi murka? Wan lemah akak..wan sangat kurang dalam segala hal..doakan wan ye akak..”
Lantas kakak senior menjawab,“Wan..ingatlah perkahwinan itu bukan segalanya indah. Pasti akan ada onak duri atau badai yang melanda. Tapi satu wan..apabila kita letakkan Allah sebagai tunjang dalam perkahwinan..apabila redha Allah menjadi pokok asas kita membina rumahtangga..percayalah wan..perkahwinan akan bahagia selamanya..datanglah badai macam mana pun cuba menggoncang perkahwinan korang..pasti akan selamat..kerana apa? Kerana Allah yang menjaga perkahwinan itu. Apabila Allah menjaga sesebuah perkahwinan..maka insyaAllah selamanya akan bahagia hingga ke jannah.”
Kakak senior menyambung lagi,“Wan..dalamilah ilmu agama sebanyak mungkin sebelum kahwin..sebab itulah yang akan berguna nanti bila korang dah berkahwin..banyakkan bertaubat..bersihkan diri dari segala dosa..supaya keredhaan Allah mengiringi perkahwinan korang nanti. Ingatlah korang akan bina masjid Allah..dan tunjang sebuah masjid adalah ilmu yang mendalam tentang Allah dan agamaNya.”
Kata-kata azimat kakak senior itu begitu berkesan dihatiku. Ku kagum dengan mereka yang begitu menjaga hak-hak Allah..ku lihat betapa barakahnya perkahwinan mereka yang menjanjikan sakinah dunia dan akhirat.
Sebulan sebelum berkahwin
“Wan..saya tengok awak ni asyik je duk preparekan diri untuk majlis. Xde nampak pun wan preparekan diri untuk menjadi seorang isteri”, soal seorang sahabat.
Saya tersentak dengan soalan itu.
“Preparekan diri untuk menjadi seorang isteri??”, soalan itu berlegar-legar difikiranku.
Sahabat saya menyambung lagi, “Dulu bukan main lagi kata nak penuhi ilmu agama sebanyak mungkin sebelum jadi isteri orang. Bila dah makin dekat..saya nampak wan makin alpa. Makin leka dengan persediaan majlis je..seolah-olah nak bagi majlis begitu sempurna..tapi wan lupa persediaan diri untuk menjadi seorang isteri yang terbaik..”
“Ya Allah..sungguh ku alpa” bisik hatiku. Diriku tertunduk malu dengan Tuhan Pencipta. Lantas ku teringat pesanan akak seniorku dulu.
Kata-kata sahabatku itu benar-benar mengetuk pintu hatiku yang sedang leka dengan persediaan majlis. Ya Allah..sekelip mata saja ku tenggelam dalam kealpaan duniawi..ku begitu tertumpu pada majlis semata-mata..sehingga ku alpa untuk mendalami ilmuMu yang akan membimbingku menjadi isteri solehah disisiMu.
Teguran sahabatku dan pesanan kakak senior sehingga kini masih terngiang-ngiang di telingaku. Seolah-olah menjadi perisai untukku tidak alpa walaupun sesudah bergelar isteri. Ku berterima kasih pada kalian kerana menegurku. Jazakumullahu khairan kathira..barakAllahu fiikum..
Buat sahabatku yang lain yang bakal mendirikan masjid Allah..janganlah asyik leka dengan preparation majlis sahaja..tapi ingatlah yang lebih utama..preparekan diri dengan ilmu dan amal agar diri sentiasa terbimbing dalam melayari bahtera rumahtangga kelak.
Alhamdulillah we’re both looking forward to start a new life..together riding along the bumpy road..indeed there’ll be lots of new things for us to explore..we hope may Allah shower us with his blessings and grant us sakinah..mawaddah wa rahmah..insyaAllah..ameen ![]()
Our inital plan was to jog..but it ended up by capturing our own way of posing..allow the pictures tell the story
Eventually..we didn’t jog at all..but enjoyed the beauty of mother’s nature
Sesampai di masjid, ku segera menunaikan solat asar. Kelibat bakal mertuaku, bakal adik-adik iparku memerhati setiap pergerakanku. Aku menjadi kekok. Nasib baik ada Yus sebagai peneman setia disisiku. Kata-kata yus cukup menenangkan diriku.
“Pihak pengantin perempuan dah siap ke? Akad nikah nak berlangsung dah” Pakcikku memanggil kami.
Aku melangkah ke hadapan. Ku lihat seorang lelaki bersedia dihadapan ayahku. Ku tunduk pasrah. Ntah kenapa rasa macam ku sedang bermimpi.
“Betul ke keputusan aku ni? Tak menyesal ke nanti?”
“Ya Allah benarkah dia pilihan yang terbaik buat diriku?
“Mampukah aku bina mahligai yang bahagia bersamanya?”Fikiranku berkecamuk.
Jantungku berdegup kencang. Namun semuanya sudah termaktub. Sebentar lagi diriku akan menjadi miliknya. Ingin saja aku melarikan diri..rasa seperti belum bersedia untuk menghadapi semua itu. Berat sungguh mataku menahan air yang bergenang di kelopak mataku.
“Wan, jangan nangis tau. Be strong dear. InsyaAllah semuanya ok. Yakinlah”, Yus cuba menenagkan diriku. Jemarinya ku genggam erat. Thank you so much my dear friend for being there. Terima kasih kerana menenangkan diriku.
Tok Imam memulakan khutbah. Lalu doa dipanjatkan sebelum akad nikah.
“Muhammad Faheem bin Ezani” Ayahku memulakan akad.
“Ye saya” Kedengaran suara dari lelaki yang bakal menjadi suamiku.
Aku tunduk. Hatiku tak putus2 berdoa moga Allah merahmati perkahwinan yang bakal kami bina ini.
“Aku nikahkah dikau dengan Wan Zuriati Wan Sulaiman dengan mas kahwin…tunai”
“Aku terima nikah Wan Zuriati Wan Sulaiman dengan mas kahwin..tunai”
“Sah..sah”..para saksi mengesahkan akad itu.
“Wan, Tahniah. Alhamdulillah wan dah selamat dinikahkan” yus berbisik lembut pada telingaku.
Sejurus itu, air mata yang lama bergenang jatuh bercucuran. Ku tunduk syukur. Semudah itu diriku sudah menjadi milik insan lain. Semudah lafaz itu juga, tanggungjawab yang berat bakal ku pikul..Bahtera hidup yang baru bakal ku layar bersama insan yang belum ku kenal..masjid Allah bakal kami bina demi mencari MardhiyyahNya…Maka bermula saat itu aku sudah menjadi isteri kepada insan yang bernama suami…
“Ya Allah kurniakanlah kami sakinah, mawaddah wa rahmah..amin” -wan-
If people ask me how’s a marriage life is? I would answer “It is so wonderful”. But how do you define ‘wonderful’. What I mean by wonderful here is when both husband and wife strive their best to gain Allah’s blessings.
Everyone would agree that honeymoon is the best moment ever for a newly married couple. Memang tak dinafikan seringkali pasangan menggunakan waktu bulan madu untuk saling kenal antara satu sama lain..saling menyuburkan cinta antara satu sama lain.
Tetapi cinta yang wujud hanyalah cinta biasa..bukan cinta luar biasa. Bagaimana mewujudkan cinta luar biasa? Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang ingin mendapatkan kemanisan iman maka hendaklah ia mengasihi seseorang kerana Allah”
Indahnya dan nikmatnya sebuah perkahwinan hanya akan dirasai andai cinta Allah diburu bersama-sama. Alangkah bahagianya andai suami isteri sama-sama bangkit dimalam hari sujud padaNya..hanya untuk memuji Rabbul ‘Izzati..tanda kesyukuran atas nikmat perkahwinan…cinta yang bakal dibina berasaskan cinta pada yang Esa.
Makin mereka mencintai masing-masing, makin hampir mereka pada Allah..inilah nikmat sebenar dalam sebuah perkahwinan…inilah cinta luar biasa yang hanya mampu dimiliki oleh mereka yang bercinta kerana mencari cintaNya..
Kerana itu, binalah rumahtangga itu berpaksikan cinta pada yang Esa bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata tetapi hakikatnya adalah pembinaan sebuah Masjid dimana Cinta Allah adalah yang paling Utama. Jadikanlah matlamat sebuah perkahwinan itu sebagai wardah untuk mendapatkan kemanisan iman..agar kita makin qarib padaNya..pasti bahagia selamanya..
“Cinta luar biasa itu, semakin kita mencintai, semakin kita cinta pada Allah.” - Wan-
3 days being admitted in the hospital really taught me something..
something which was so valuable..
something which I sometimes overlook..
it remembered me of something which was very close to me..day by day it becomes closer and closer..what is it? nothing other than death.
Di saat diri ini terbaring di katil pesakit..meronta-ronta menahan kesakitan..diriku terbayang bagaimana agaknya nasibku dikubur kelak?
Ku sakit didunia masih ada peneman disisi,masih mampu berkongsi derita dengan insan lain..tapi bagaimana di kubur kelak??
Segala azab derita yang ku alami..tiada seorang pun dapat menolongku..tiada seorang pun yang mampu menemani diriku..aku keseorangan diri..menerima azab seksa dek kesilapan diri..dek kesombongan nafsu yang ku turuti hingga menempis redha Rabbul ‘Izzati.
Ya Allah, betapa diriku merasakan diri ini berdosa terhadapMu..sungguh banyak dosa yang telah ku lakukan..dalam setiap helaan nafasku..berapa banyakkah nafasku berbaur ibadat yang diselang seli oleh dosa? Ya Allah ku benar-benar takut akan seksa azab kuburMu..sungguh diriku tidak kan tertanggung menahannya..
Ya Allah ku redha dengan ujianMu ini..andai ini kifarah buatku..maka ampunkanlah segala dosa-dosaku..ku rela ya Allah ujian ini datang bertimpa-timpa andai ini wardah untuk penyucian dosa-dosaku.
Setiap malam di atas katil pesakit, mataku seolah-olah tidak ingin pejam..
ku bimbang andai mataku lena buat selamanya..ku tafakkur di pembaringan..mengenangkan dosaku yang menggunung tinggi..andai esok bukan milikku lagi..mampukah ku mencium haruman syurgawi??
Ku amati setiap titisan air yang menitis dari tiub masuk ke dalam tubuhku. Ku merasakan setiap titisan itu bagaikan jangka hayatku. Betapa hampirnya saat itu..titik noktah kembara hidupku sebagai hamba yang menyinggah didunia..tapi apa yang telah ku peroleh??
Sedangkan perjalanan hidupku makin menghampiri garisan penamat.
Apa yang bakal ku bawa??
Ya Allah betapa sikitnya amalanku..mampukah aku menjulong ‘piala’ kemenangan sesudah sampai ke garisan penamat??
“Ya Allah..sebelum ku berangkat ke daerah sana, lepaskanlah beban ini yang mencengkam jiwa dan ragaku..ampunkan segala dosa-dosaku..selimutilah diriku dengan sutera kasih sayangMu..agar kelak ku mampu tersenyum ketika menghadapMu…” - Wan-
It was a fine day. Upon reaching the office, after settling down for about an hour, we were told to gather at MGDC. I headed to my car with my other colleagues. We were four all together, Me, Yus, Nisa and Laila. I followed behind Aziz. Before reaching the traffic light, it turned red. I was quite a distance away from it. Aziz managed to pass through before it turned red.All of a sudden, my foot pressed the gear. The car accelerated to high speed.
“WAANN!! MERAAAH tu..BENTIII!!, shouted Laila and Nisa.
Yus remain silent in front.
I didn’t know what happened to me, but my foot kept on pressing the gear speeding up to pass through the traffic light. It all happened so fast. I felt like passing through a time zone where all other vehicles seemed to ‘freeze’ and only me driving down the road. No other sound was heard except for nisa and laila’s scream. Both closed their eyes. I calmly crossed without realizing the danger I was facing.
The clock ticked again as soon as I passed through the traffic light. Only then other cars became alive again. I was shocked with what had happened. Not even once in my life time had I done something extremely dangerous like this. Nisa all paled, asked Yus, “Yus..wan selalu ke bawak cmni?” “Tak pernah. Yus pun terkejut”, answered Yus. “Horrornya wan ni”, replied Nisa. Laila couldn’t stop screaming of fright. Both was truly stunned.
As for me, I couldn’t stop praising to Allah for saving us at that time. If anyone asked me why did I do that? I wouldn’t know what to answer. It was like some sort of ‘other’ power forcing me to keep on going. Truly it was one of the things in my life which I do not wish or dream to happen again.
“Ya Allah thank you for saving us..” - Wan-
I remembered one day at Langkawi,me and my husband was waiting in front of the elevator to go down to ground floor to have our breakfast. I spontaneously pressed the ‘Up’ button.
Curiously, my husband asked, “Wan, aren’t we going down?”
I replied, “Yes, exactly.”
He asked again, “Then why are you pressing the ‘Up’ button?”
I abruptly answered, “Yes, to make it come up first then only we press ‘down’ to go to ground floor”.
Hearing my answer made him laugh his head off. I got puzzled at first before realizing what I had said was enough to make a cat laugh.(^_^)
Boy oh boy what was I thinking..hahahaha
Remaja hari ini mudah benar terjebak dalam ‘coupling’. Ntah apa yang best sangat bercouple, saya sendiri tidak mengerti. Kerana pada saya, pasangan yang bercouple hanya memburu tuntutan nafsu yang melalaikan & mengundang murka Allah. Sungguh tertipu mereka yang kononnya ‘gembira’ dan berasa ‘cukup’ bila dah bercouple. Sungguh sadis!!
Seorang sahabat pernah bertanya “Kenapa Islam tak membenarkan coupling?”
Saya menjawab, “Kerana Islam menjaga kehormatan seorang insan yang bernama wanita.”
Saya menjelaskan lagi, “Cuba fikir, kalau seorang perempuan itu keluar dengan seorang lelaki, jatuh cinta pada lelaki itu, sanggup ke mana saja bersama lelaki itu malah memanggilnya dengan panggilan ’sayang’..dan lebih dahsyat lagi andai tanpa segan silu berpegang tangan & bersentuhan dengannya..andai suatu hari hubungan terputus begitu saja..dimanakah maruah seorang wanita itu?”
“Tapi perempuan tu masih dara” jawab sahabat saya.
“Iye memang betul dia masih dara. Tapi apa istimewanya suami dia nanti? Suaminya bukanlah lelaki pertama yang menyentuhnya tetapi perempuan ini dah menjadi ‘bekas’ orang. Perempuan itu bukan lagi ibarat mutiara dilautan yang sangat berharga kerana lelaki lain boleh suka hati menyentuhnya. Lelaki lain juga mendapat panggilan ’sayang’ daripadanya. Maka dimana status suaminya kelak?”
Saya menyambung lagi, “Fikirkanlah sahabatku. Andai kita boleh dibawa kemana sahaja oleh lelaki lain, maka dimanakah harga diri kita yang begitu tinggi nilainya? Tak ada apa lagi yang istimewa buat suami kita kelak andai diri kita sudah disentuh oleh lelaki lain, sudah dibawa keluar bersama lelaki lain.”
“Cuba bandingkan dengan perempuan yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki pun. Tidak pernah jua keluar bersama lelaki lain. Dia menjaga pandangannya, menjaga akhlaknya untuk dijadikan perhiasan buat suaminya kelak. Perempuan inilah mutiara yang sebenar. Mutiara yang tidak boleh dimiliki oleh sebarang orang tetapi hanya layak dimiliki oleh insan yang bernama suami.”
“Inilah yang saya maksudkan Islam menjaga kehormatan seorang insan yang bernama wanita. Kerana maruah seorang wanita begitu tinggi nilainya…yang dicipta Allah untuk hiasan suaminya sahaja!”
“Sahabatku, andai seorang wanita boleh suka hati keluar dengan mana-mana lelaki dan menyentuh mana-mana lelaki sebelum berkahwin, yakinkah anda perempuan itu tidak akan menyentuh lelaki lain, tidak akan keluar bersama lelaki lain selepas dah berkahwin? Begitu juga kalau seorang lelaki suka hati sentuh perempuan lain, apa istimewanya kita pada dia nanti? Memang benar kata Allah “Sesungguhnya lelaki yang baik itu dicipta untuk perempuan yang baik.” Kita boleh tergolong dalam golongan itu andai kita berusaha untuk perbaiki diri. Sesungguhnya Allah itu maha Adil…Renung-renungkanlah…”
“Burulah cinta Allah nescaya Allah akan memberi cinta manusia yang membawa kita kepada mencintaiNya”- wan-
"A simple gesture can make a world of difference in someone's life...
People say that a smile is contagious, but acts of kindness are even more...
No matter how big or how small, an act of kindness tells the recipient that
someone cares. And the results can be everlasting...."
"Ya Allah... tiada yang lain ku mohon.. tiada yang lain ku damba.. Ku mohon keredhaaan daripadaMu.. Ku mohon kasih sayangMu.. Ku damba CintaMu dalam hatiku.."
~ Wan ~